SELEPAS mencetuskan fenomena, Ernie Zakri sekali lagi mengundang rasa teruja ramai apabila muncul dengan lagu Masing-Masing versi tradisional.
Mula diperdengarkan kepada umum sejak semalam, rata-rata orang ramai memuji usaha Ernie dengan ‘memelayukan’ lagu ciptaan Ade Govinda itu yang sudah meledak di sini dan Indonesia.
“Bagusnya nyanyian, harap lepas ini ada lagi lagu irama Malaysia daripada Ernie.
“Rasa bangga dengar sebab sudah jarang penyanyi Malaysia berani hasilkan lagu dengan muzik sebegini, syabas!” puji netizen.
Meskipun begitu, terdapat juga netizen yang masih melahirkan rasa kecewa kerana lagu tersebut tetap tidak layak untuk dipertandingkan di pentas Anugerah Juara Lagu kerana dihasilkan komposer luar negara. – KOSMO ONLINE