fbpx

Masalah bekalan air boleh jejas hasil tangkapan ikan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faiz (tiga dari kanan) meninjau jualan ikan tenggiri pada Program Jualan Agro Madani di Pasar Nelayan Pulau Gajah, Kota Bharu hari ini.- Foto ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Masalah bekalan air yang berlaku di Pusat Pendaratan Ikan di Tok Bali, Pasir Puteh dekat sini dilihat boleh menjejaskan hasil tangkapan ikan di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, masalah air di kawasan itu akan menyebabkan kemerosotan tangkapan ikan berikutan bekalan air yang tidak mencukupi untuk keperluan ais.

Menurutnya, masalah bekalan air sekali gus menjadikan hasil tangkapan tidak tahan lama sama ada untuk sejuk beku atau jualan.

“Sehubungan itu, LKIM sudah mengadakan pertemuan dengan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah tersebut di Pasir Puteh.

“Masalah itu memang ada dan kita sudah berjumpa dengan AKSB untuk mencari solusi terbaik bagi jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jualan Agro Madani di Pasar Nelayan Pulau Gajah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Faiz memberitahu, pihaknya mengambil alternatif menggunakan lori untuk mengangkut air untuk pelan jangka masa pendek.

Katanya, kemudahan bekalan air mencukupi bukan sahaja diperlukan rakyat Kelantan, malah ia juga melibatkan industri perikanan.

“LKIM) berharap sangat langkah agresif dapat diambil oleh pihak berkenaan. Saya yakin Kelantan akan jadi industri hab makanan kerana kebanyakan syarikat mempunyai kapal besar (bot C2) untuk keluar ke laut dan perairan yang luas dan mempunyai kompleks perikanan.

“Insya-Allah, ramai anak muda akan bekerja di negeri sendiri terutama di Tok Bali selepas ini tanpa perlu berhijrah ke tempat lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI