fbpx

Malaysia waspada rejaman Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain Malaysia yang garang melakukan libasan kencang ketika berdepan India pada aksi separuh akhir.

KUALA LUMPUR – Skuad negara tidak ambil mudah cabaran Indonesia pada aksi separuh akhir pada malam ini biarpun mudah ‘membelasah’ pasukan India dengan kemenangan 2-0 di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Justeru, tekong berpengalaman negara, Syahir Rosdi enggan memandang mudah Indonesia kerana yakin pasukan lawannya itu akan bermain mati-matian untuk mencipta kemenangan terutama untuk merawat luka kekalahan terhadap Malaysia dalam acara regu di pentas final Sukan Asia 2018.

Menurut Syahir, mereka tidak akan membiarkan perkara itu berlaku kerana misi mereka adalah untuk mencipta sejarah dalam aksi berpasukan di pentas Piala Dunia 2024.

“Kami kalau boleh setiap perlawanan mahu buat yang terbaik, ini Piala Dunia dan kita tidak boleh ambil mudah. Malam ini bertemu Indonesia dan saya jangka perlawanan akan berlangsung sengit.

“Indonesia juga pasti ingin ke final dan ingin menebus kembali kekecewaan mereka yang tewas kepada Malaysia ketika perlawanan akhir regu di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dahulu.

“Indonesia satu pasukan yang kuat selain mempunyai pemain berkualiti serta semangat juang yang tinggi jadi kita kena berjaga-jaga dan tidak terlalu yakin. Mereka pasti akan berjuang habis-habisan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI