fbpx

Buaya 180kg ‘bersiar-siar’ dalam parit taman awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya dianggarkan seberat kira-kira 180 kilogram berjaya ditangkap di dalam parit di Taman Awam Teluk Likas, Jalan Tun Fuad Stephens tengah malam tadi. -Foto APM

KOTA KINABALU – Seekor buaya seberat kira-kira 180 kilogram (kg) berjaya ditangkap di dalam parit di Taman Awam Teluk Likas, Jalan Tun Fuad Stephens tengah malam tadi.

Pegawai APM Daerah Kota Kinabalu, Kapten Aizex Junior Simon berkata, kehadiran reptilia berukuran tiga meter itu disedari beberapa pengunjung yang kebetulan lalu berhampiran kawasan itu kira-kira pukul 12 tengah malam.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu pada pukul 12.10 tengah malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota APM Kota Kinabalu diketuai Staf Muda (PA) Safaruddin Rusline digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati seekor buaya berada di dalam parit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, anggota operasi kemudian menggunakan penjerut, tali dan kain untuk menangkap buaya seberat 180 kilogram itu mengambil masa kira-kira 30 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI