fbpx

[VIDEO] Dekat penjara dulu sakit, sekarang di hospital sihat – Yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin melambaikan tangan ketika jurufoto selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Keadaan fizikal penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman didapati kembali seperti awal kemunculannya dalam industri seni selepas mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Ia berbeza dengan keadaan sebelum ini yang cengkung dan kurus selepas berat badannya menurun kepada 48 kilogram (kg) akibat derita penyakit tiriod sewaktu prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Perkara tersebut turut diakui Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 49, terhadap keberkesanan program dilakukan di hospital tersebut yang memastikannya kekal sihat sejak enam bulan lalu.

“Alhamdulillah, kalau dekat penjara dulu sakit. Sekarang duduk di hospital sihat. Ubat, makan dan tidur cukup,” katanya ketika ditemui Kosmo!, hari ini.

Terdahulu, pelantun lagu Salsabila itu hadir bagi prosiding kes rayuan keputusan lepas dan bebas terhadapnya yang dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nadia Othman.

Mengulas mengenai perkembangan buku perjalanan hidupnya yang diberikan judul Daripada Pentas Juara ke Penjara, Yasin memaklumkan ia telah siap.

“Buku itu telah siap dan saya tengah taip. Insya-Allah bila saya keluar nanti, baharu akan diterbitkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI