fbpx

Tanah runtuh Papua New Guinea: Kementerian Luar pantau situasi semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berhimpun di lokasi tanah runtuh di Maip Mutilaka, wilayah Enga hari ini. – AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Luar (KLN) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea, sedang memantau situasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Wilayah Enga, Papua New Guinea pada hari ini.

KLN dalam kenyataan pada hari ini memberitahu, pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian berkenaan dari semasa ke semasa.

Menurut laporan Agensi berita AFP, kejadian tanah runtuh berskala besar melanda kawasan tanah tinggi Papua New Guinea hari ini, kata beberapa pegawai tempatan dan kumpulan bantuan dengan ramai mangsa dikhuatiri terkorban.

Bencana itu menimpa Kampung Kaokalam yang terletak di wilayah terpencil, Enga sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Gabenor wilayah, Peter Ipatas memberitahu agensi berita AFP bahawa tanah runtuh besar telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda yang besar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI