fbpx

Sembunyi bawah kanvas bot ketika susup keluar secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang diberkas dalam bot nelayan asing di perairan Morib, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Taktik sindiket menyusup keluar 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama seorang bayi lelaki yang disembunyikan dalam kanvas bot nelayan asing berjaya dibongkarkan pihak berkuasa, semalam.

Semua warga Indonesia berusia satu hingga 61 tahun itu ditahan pukul 1.10 tengah hari pada kedudukan kira-kira 2.4 batu nautika barat daya Tanjung Gabang, Morib di sini.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pengesanan bot tersebut hasil rondaan Kapal Maritim (KM) DANGA di sekitar lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan terdapat 42 individu termasuk 11 wanita dipercayai warga Indonesia dan seorang bayi lelaki berusia setahun yang bersembunyi di bawah kanvas berwarna biru di dalam bot itu,” katanya, hari ini.

Beliau menjelaskan, semua warga asing itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Justeru, Abdul Muhaimin menegaskan, mereka telah dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut.

“Kes kini disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI