PETALING JAYA – Tindakan pelakon Mira Filzah memuat naik hantaran tentang penderitaan rakyat Palestin yang seharus menimbulkan rasa simpati berubah apabila dia dikritik kerana tersalah meletakkan bendera negara lain.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkongsi beberapa gambar mengenai penderitaan rakyat Palestin di Instagram, malam tadi.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan pada hantaran tersebut apabila perkataan tulisan Arab bermaksud Palestin, tetapi diletakkan bendera negara Sudan.
Menjengah ke bahagian komen, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kurang senang dengan hantaran tersebut dan menyifatkan pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu tidak cakna.
“Salah bendera itu.
“Macam mana bendera pun boleh salah.
“Itu bukan bendera Palestin tapi Sudah.
“Kak Mira, first photo of your post (fota hantaran pertama) sudah hilang,” demikian antara komen pengguna media sosial.
Sebelum ini Mira meluahkan rasa apabila ada yang mengambil kesempatan memaki hamun anak seni yang tidak menunjukkan sokongan terhadap isu Palestin-Israel.
Malah, Mira juga tampil mempertahankan diri apabila namanya disenarai gerakan Blockout 2024 dan menyangkal dakwaan dia mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada bercakap isu Palestin dalam media sosialnya. – KOSMO! ONLINE