fbpx

Rawat ketagihan nikotin dengan ‘vape’ berpreskripsi doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Merokok boleh menyebabkan ketagihan nikotin. – Gambar hiasan

SECARA umum, semua mengetahui bahawa merokok merupakan satu amalan yang tidak baik untuk kesihatan.

Malah, amalan ini juga boleh menyumbang kepada risiko masalah kesihatan yang lain.

Kini, masalah ini juga boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan dengan kemunculan rokok elektronik atau vape.

Mengambil rokok konvensional atau vape boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan nikotin sehingga menyukarkannya untuk terus berhenti.

Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), Prof. Madya Dr. Rusdi Abd. Rashid berkata, nikotin adalah satu bahan kimia yang boleh menyebabkan ketagihan.

Menurutnya, mereka yang berhadapan dengan ketagihan nikotin sukar untuk berhenti merokok.

“Nikotin ini ada dalam rokok konvensional dan juga rokok elektronik. Kebiasaannya dalam tempoh satu tahun mereka yang merokok akan berhadapan dengan ketagihan nikotin.

“Malah di Malaysia juga, isu ketagihan nikotin ini agak membimbangkan, meskipun prevalence merokok bagi rokok konvensional menunjukkan penurunan, tetapi ada peningkatan terhadap rokok elektronik,” katanya.

Tambahnya, malah ada mereka yang sebelum ini tidak merokok terjebak dengan amalan itu kerana terpengaruh dengan rokok elektronik.

Jumlah pengguna rokok elektronik semakin meningkat. – Gambar hiasan

Dalam pada itu, ramai kalangan perokok sebenarnya mempunyai niat untuk berhenti merokok, namun tidak berjaya untuk berbuat demikian.

Dr. Rusdi menjelaskan, apabila seseorang itu ketagih dengan nikotin sukar baginya untuk berhenti merokok.

Oleh demikian, mereka ini memerlukan pertolongan dari segi ubatan dan juga kaunseling untuk berbuat demikian.

“Jika perokok ini mengikut proses yang betul, ada yang boleh berhenti merokok sepenuhnya dalam tempoh sebulan.

“Dari segi rawatan pula, kita ada terapi penggantian nikotin dan turut disertakan dengan sesi kaunseling,” terangnya.

Pengerusi Lumelife, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar (depan, dua dari kiri) bersama Dr. Mohd. Shahril (depan, tiga dari kiri) dan Dr. Rusdi (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama profesional kesihatan yang hadir dalam bengkel MAF baru-baru ini.

Sementara itu, dalam terapi penggantian nikotin antara kaedah terkini yang digunakan adalah Produk Nikotin Vaping (NVP) yang dibawa oleh Lumelife Sdn. Bhd. Produk tersebut berbentuk seperti vape.

Malah di Australia, NVP ini telah digunakan secara meluas bagi membantu pesakit yang mengalami ketagihan nikotin.

Dr. Rusdi menjelaskan, NVP adalah satu produk yang selamat bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok.

“Saya difahamkan alat ini didatangkan dengan nikotin yang mempunyai konsentrasi secara telus dan ia boleh membantu kita untuk menolong mereka yang ingin merokok.

“Tetapi sebelum mengambil NVP ini pesakit perlu berjumpa dan mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu dan ia tidak boleh diambil begitu sahaja,” terangnya.

Produk itu sudah didaftarkan, namun buat masa ini belum dilancarkan bagi memberi ruang terlebih dahulu untuk meningkatkan pengetahuan dan latihan preskripsinya kepada pengamal perubatan berkaitan.

Baru-baru ini Lumelife telah menjalinkan kerjasama dengan UMCAS dan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang bertujuan meningkatkan latihan perubatan mengenai preskripsi NVP di bawah Rangka Kerja

Akses Perubatan (MAF) untuk doktor dan profesional penjagaan kesihatan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Lumelife, Dr. Mohd. Shahril Awang berkata, perkongsian inovatif itu adalah satu komitmen bersama untuk memajukan pendidikan perubatan dan melengkapkan profesional penjagaan kesihatan dengan pengetahuan dan kemahiran diperlukan bagi menangani kerumitan ketagihan nikotin.

Menurutnya, Lumelife akan memanfaatkan kepakarannya yang terkenal dalam pendidikan perubatan untuk memfokuskan pada pengurusan ketagihan nikotin di bawah MAF.

“Melalui kerjasama ini, kami bersama membangunkan program latihan komprehensif yang disesuaikan khusus untuk pengurusan ketagihan nikotin.

“Program ini akan merangkumi pelbagai topik, termasuk kesan fisiologi dan psikologi nikotin, pengenalpastian dan pengurusan penyakit berkaitan vape dan strategi berhenti merokok menggunakan NVP gred perubatan (TGO 110 Approved),” katanya.

Melalui sesi didaktik, bengkel dan pusingan klinikal, profesional penjagaan kesihatan akan berpeluang memperdalam pemahaman mereka tentang isu kesihatan berkaitan vape dan memperhalusi kemahiran klinikal mereka dalam menangani cabaran ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI