fbpx

Polis jumpa paip buat pistol angin di rumah penyerang Balai Ulu Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAI Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang seorang lelaki dalam kejadiaan minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Poljs menemukan batang paip dipercayai digunakan untuk membuat pistol angin ketika serbuan di rumah suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.

“Ini kerana kita jumpa paip dipercayai untuk dibuat pistol angin ketika pemeriksaan dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut beliau, lima sekeluarga yang ditahan telah tamat tempoh reman hari ini, namun mereka ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jelas Razarudin, penahanan semula itu dibuat susulan siasatan pihaknya mendapati keluarga penyerang tersebut mempunyai ideologi dan fahaman radikal selain bapa suspek yang merupakan ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Tambahnya, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang dibebaskan tanpa syarat sebelum ini adalah kerana siasatan mendapati mereka tidak mempunyai kaitan dengan JI.

Dalam kejadian awal pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga menyebabkan dua anggota berpangkat konstabel maut akibat ditetak dengan parang selain ditembak.

Dalam kejadian itu, seorang lagi anggota berpangkat koperal cedera akibat terkena tembakan ketika cuba membantu rakan setugasnya.

Suspek yang berusia 21 turut ditembak mati di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI