fbpx

Penyokong Malaysia punca Thailand kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORNCHAI merupakan nama besar dan dianggap legenda bagi sukan sepak takraw dunia.

KUALA LUMPUR – Raja ‘killer’ Thailand, Pornchai Kaokaew mengakui dua kekalahan mereka di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 berpunca daripada sorakan padu ribuan penyokong Malaysia yang membanjiri aksi final di Stadium Titiwangsa malam kelmarin.

Thailand yang mempertaruhkan barisan pemain baharu dan senior meletakkan sasaran untuk menyapu bersih ketiga-tiga kejuaraan selepas melakukan persiapan cukup rapi untuk mencipta sejarah di pentas Piala Dunia tersebut.

Ketika ghairah untuk membenam Malaysia, skuad Gajah Perang seakan hilang arah kerana terkesan dengan sorakan dan gegak-gempita para penyokong Malaysia yang menghangatkan suasana di gelanggang stadium berkenaan..

Sorakan ribuan penyokong Malaysia menyemarakkan lagi semangat barisan pemain negara untuk mengatasi Thailand di laman sendiri.

“Saya juga menyaksikan perlawanan di televisyen secara langsung dan kehadiran penyokong yang terlalu ramai dan sorakan padu tuan rumah membuatkan pemain Thailand tak dapat bermain dengan baik.

KEHADIRAN ribuan penyokong Malaysia sememangnya menjadi ‘senjata’ rahsia buat skuad takraw negara. – AMIR KHALID

“Saya akui kehadiran penyokong penting kerana membuatkan pemain lebih tertekan dan tidak dapat bermain dengan baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pornchai yang hadir sebagai penonton mengakui sistem 15 mata yang digunakan di pentas Piala Dunia bukan punca utama mereka tumbang.

“Ketika ini Thailand berlaku perubahan dari segi pemain dan juga barisan kejurulatihan. Kemungkinan di situ ada sedikit masalah.

“Secara keseluruhan kekalahan bukan berpunca daripada kiraan 15 mata kerana sebelum tiba di Malaysia, pemain Thailand telah menggunakan sistem peraturan baharu itu dan belajar mengenainya. Jadi tiada masalah buat mereka untuk bermain dengan sistem 15 mata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI