fbpx

Padah tumbuk, ugut bunuh tunang, lelaki didenda RM4,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Amir dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, hari ini, atas tuduhan menumbuk serta mengugut tunangnya dalam kejadian di Rembau, minggu lalu. Foto NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang lelaki didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk dan mengugut tunangnya dalam kejadian di Rembau, minggu lalu.

Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, yang berasal dari Puchong, Selangor, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada pukul 11.30 pagi di dalam kenderaan berhadapan sebuah restoran makanan segera di Rembau pada 17 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai live-host media sosial melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Syuhada Mohd. Isa memohon agar hukuman diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi dalam hujahannya memohon agar mempertimbangkan faktor hubungan antara tertuduh dan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI