fbpx

Menangis tonton video guru ajar anak istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru PPKI gigih menunjukkan bahasa isyarat kepada pelajarnya.

PETALING JAYA – Kegigihan seorang guru program pendidikan khas integrasi (PPKI) yang berusaha untuk menyampaikan maksud ucapan kepada pelajarnya melalui bahasa isyarat, menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok @Zinnirah Ajman, keceriaan jelas terpancar di wajah pelajar tersebut setelah dapat memahami apa yang diucapkan dan bergelak tawa sebagaimana pelajar lain.

Komunikasi senyap melalui bahasa isyarat antara mereka bukan sahaja membantu pelajar tidak merasai serba kekurangan malah turut menyerlahkan keikhlasan seorang guru PPKI dalam menjalankan tugasnya.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna turut memuji dan terharu dengan kegigihan guru itu berada di samping pelajarnya semata-mata untuk memberi kefahaman kepada mereka.

“Saya yang nangis tengok video ni, lihat kesungguhan cikgu ni tolong anak murid dia. Anak murid pula gembira bila faham apa yang cikgu depan tu cakap,” komen Nurul Nasir.

“Mak aku seorang guru PPKI, tapi dia memang seorang yang sangat sabar. Aku singgah kejap saja dah gelisah dengar pelajar bising-bising. Semoga semua guru PPKI sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,” kata Fifi_Lala.

“Uniknya bahasa isyarat ni, mereka boleh berkomunikasi dari jauh. Kalau bagi orang normal macam kita ni, mesti dah kena jerit-jerit,” ujar Azian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI