fbpx

Lebih 100 rumah tertimbus lereng bukit runtuh  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berhimpun di lokasi tanah runtuh di Maip Mutilaka, wilayah Enga hari ini. – AFP

PORT MORESBY – Satu kejadian tanah runtuh berskala besar melanda kawasan tanah tinggi Papua New Guinea hari ini, kata beberapa pegawai tempatan dan kumpulan bantuan dengan ramai mangsa dikhuatiri terkorban.

Bencana itu menimpa Kampung Kaokalam yang terletak di wilayah terpencil, Enga sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Gabenor wilayah, Peter Ipatas memberitahu agensi berita  AFP bahawa tanah runtuh besar  telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda yang besar.

Gambar di lokasi kejadian menunjukkan timbunan batu dan tanah runtuh dari lereng sebuah bukit termasuk bongkah-bongkah batu sebesar kereta.

“Tanah runtuh berlaku sekitar pukul 3 pagi, malam tadi dan lebih 100 buah rumah tertimbus. Masih tidak diketahui berapa ramai penghuni yang  berada di semua kediaman itu. Jumlah mangsa tidak diketahui,”  kata presiden persatuan pembangunan penduduk setempat,  Vincent Pyati.

Dalam pada itu, agensi-agensi bantuan termasuk Palang Merah Papua New Guinea dan CARE menyatakan, mereka menerima pengesahan bencana itu berlaku tetapi masih berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI