fbpx

Lebih 100 orang dipercayai terbunuh lereng bukit runtuh di Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH orang berada di lokasi kejadian lereng tanah runtuh di Papua New Guinea hari ini. - Foto AFP

PORT MORESBY – Beberapa pegawai dan media Papua New Guinea (PNG) hari ini menyatakan bahawa lebih 100 orang dikhuatiri terbunuh selepas lereng bukit runtuh dan menimbus sebuah kampung di kawasan pedalaman.

Mereka memberitahu, tanah runtuh itu menenggelamkan Kampung Kaokalam, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara PNG, Port Moresby sekitar pukul 3 pagi  (waktu tempatan).

Seorang pegawai kebajikan masyarakat memberitahu agensi berita Perancis bahawa dia percaya kira-kira 100 kediaman telah tertimbus.

Rakaman video dan gambar dari lokasi kejadian menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa terselamat di celah-celah runtuhan bongkah batu dan pokok tumbang di sebuah lereng curam.

Pegawai Palang Merah PNG, Janet Philemon berkata, bilangan mangsa yang terkorban atau hilang masih tidak jelas tetapi lebih 100 orang dipercayai mati.

“Tanah runtuh turut menyekat sebahagian daripada lebuh raya utama menuju ke komuniti tersebut.

“Jadi, penduduk sendiri bertindak sebagai petugas kecemasan. Masih tidak jelas apa yang menyebabkan tanah runtuh ini berlaku,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri PNG,  James Marape berkata , kerajaan telah menghantar pegawai dan petugas kecemasan ke lokasi bencana untuk memulakan usaha bantuan, mengeluarkan mayat mangsa dan membina semula infrastruktur. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI