fbpx

Kecoh sijil cuti sakit Hospital Tangkak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis pemakluman sijil cuti sakit Hospital Tangkak yang hilang dimuat naik di akaun Facebooknya.

PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila Hospital Tangkak membuat satu hebahan berkenaan sijil cuti sakit milik hospital berkenaan yang hilang dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, semalam.

Menurut Pengarah Hospital Tangkak, sijil cuti sakit yang hilang itu bernombor siri HTGK F 896400.

“Dimaklumkan bahawa, Hospital Tangkak kehilangan sijil cuti sakit (Perubatan 9- Pin.15/93) dengan nombor siri HTGK F 896400. Ekoran itu, sijil cuti sakit dengan nombor siri berkenaan adalah tidak sah diguna pakai,” ujarnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak menyatakan bagaimana kehilangan sijil cuti sakit itu boleh berlaku.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen pula mendapati orang ramai tertanya-tanya sambil membuat andaian bagaimana sijil cuti sakit tersebut boleh hilang.

“Kalau hilang maknanya ada lah tu yang curi untuk kegunaan palsukan dokumen atau jual MC (medical certificate),” komen Wan Danish.

“Berapa banyak hilang tu, kalau satu susah sikit. Kalau banyak senang, mesti banyak yang akan digunakannya,” komen Halim pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI