fbpx

Kami 30 kali takluk puncak Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail 15 Mei 2019 menunjukkan Kami tiba di puncak Gunung Everest untuk kali ke-23. – AFP

KATHMANDU – Seorang pendaki Nepal yang digelar ‘Lelaki Everest’ tiba di puncak gunung tertinggi dunia itu untuk kali ke-30 pada Rabu lepas, tiga dekad selepas kejayaan pertamanya berbuat demikian.

Kami Rita Sherpa memecahkan rekod sendiri selepas mendaki puncak Everest setinggi 8,849 meter itu buat kali ke-29 awal bulan ini.

Kami berkata sebelum ini bahawa dia hanya bekerja sebagai malim gunung dan tidak merancang  untuk mencipta rekod dunia.

“Kami Rita tiba di puncak (Gunung Everest) awal pagi ini (Rabu lepas).  Dia  mencipta rekod baharu iaitu 30 kali sampai ke puncak Everest,” kata Mingma Sherpa daripada firma penganjuran ekspedisi pendakian, Seven Summit Treks.

Kami mula menjejakkan kakinya ke puncak Gunung Everest pada tahun 1994 semasa  bekerja untuk sebuah firma ekspedisi pendakian komersial.

Sejak itu, dia mendaki gunung tersebut hampir setiap tahun sambil menjadi jurupandu.

“Saya rasa bangga dapat mencipta rekod ini, namun lebih gembira kerana pendakian saya membantu Nepal dikenali di seluruh dunia,” katanya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI