fbpx

Kaf tawar 1,500 set pengurusan jenazah edisi Datuk Kazim Elias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kazim menunjukkan kotak set pengurusan jenazah yang memiliki 22 jenis barang utama untuk jenazah lelaki dan perempuan.

BANGI – Bersandarkan pengalaman membantu pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti sosial menguruskan jena­zah sebelum pandemik melanda negara, Kaf Digital Media (Kaf) kini melancarkan set pengurusan jenazah yang dapat meme­nuhi permintaan pasaran tersebut yang agak terhad ketika ini.

Bekerjasama dengan pence­ramah terkenal sebagai jurucakap, syarikat yang diterajui oleh empat anak muda yang berpengalaman luas dalam aktiviti sosial di seluruh negara membolehkan Kaf melancarkan set pengurusan jenazah edisi Datuk Kazim Elias di sini kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Sani berkata, set lengkap pengurusan jenazah itu memiliki 22 jenis barang antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan juga perempuan.

“Untuk produk terbaharu ini, kami menawarkan sebanyak 1,500 set yang dijual secara online dan kami menjangkakan ia habis dijual dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Kami memfokuskan jualan tersebut dijana daripada kumpulan badan amal, NGO dan syarikat korporat untuk diagihkan kepada kumpulan yang memerlukan,” katanya pada majlis pelancaran set terbaharu itu di sini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah tiga pengarah syarikat tersebut iaitu Anas Abd Rahman, Ahmad Fawzan dan Khairul Manaf.

Selain itu, bersempena pelancaran produk sulung Kaf, syarikat juga mengumumkan cabutan bertuah bagi setiap pembelian de­ngan menawarkan hadiah berupa pakej umrah bernilai RM8,690 dengan lima keping emas Alif seberat satu gram yang bernilai RM3,000.

Khairul menerangkan, sei­ring pelancaran produk tersebut dengan membawa tagline, satu rumah, satu keperluan itu, Kaf berhasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Islam di negara ini tentang keperluan memiliki set pengurusan jena­zah di kediaman masing-masing.

Jelas beliau, memandangkan saat kematian itu tanpa diduga oleh sesiapa pun, maka adalah perlu jika setiap orang memiliki set tersebut kerana terdapat banyak kekangan untuk menyediakan barang keperluan untuk pengurusan jenazah dalam masa yang singkat.

“Apatah lagi jika hari cuti umum dan kedai menjual barangan tersebut tutup, maka sukar bagi waris untuk mendapatkan keperluan tersebut dengan segera.

“Selain itu, dengan penye­diaan set kelengkapan tersebut, ia akan memudahkan petugas menguruskan jenazah,” jelasnya.

Salah satu keunikan produk keluaran Kaf ini adalah syarikat turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pe­langgan yang memerlukan set tersebut dengan segera dalam tempoh 24 jam.

“Buat masa ini, ia ditawarkan kepada kawasan Lembah Klang dan kami turut memiliki tujuh ejen untuk menyokong perkhidmatan tersebut agar barangan tersebut sampai ke tangan pe­langgan dengan cepat dan mudah,” jelasnya.

Set tersebut dijual pada harga RM249 seunit dan ia boleh ditempah melalui laman web syarikat iaitu www.kafanmalaysia.com atau hubungi di talian 012-388 7316. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI