fbpx

Isteri polis didakwa cuba racun suami, ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH dibawa keluar selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Isteri seorang pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini atas dua pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menggunakan racun ke atas suami dan ibu mentuanya lima tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas suaminya di rumah No. 2, Lorong Seri Kuantan 23, di sini, pada Julai 2019.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit ke atas ibu mentuanya di Sara’s Home for The Aged beralamat No. 4, Lorong Seri Kuantan 59, di sini pada Jun 2020.

Pihak pendakwaan mencadangkan agar wang jaminan sebanyak RM15,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Peguam tertuduh bagaimanapun meminta agar yang jaminan dikurangkan berikutan tertuduh merupakan seorang ibu kepada dua orang anak berusia 15 dan 12 tahun selain dalam proses untuk bercerai dengan suaminya.

Hakim kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain meminta agar tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mengacau ganggu saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai dan menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI