fbpx

Elak riba pinjaman konvensional, Saharul berjaya jual rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Saharul di Cyberjaya kini sudah mempunyai pemilik baharu.

PETALING JAYA – Menyimpan 1,001 kenangan, perasaan pelakon Saharul Ridzwan bercampur baur apabila rumahnya di Cyberjaya yang diletakkan di pasaran pada Februari lalu sudah mempunyai pemilik baharu.

Ujar Saharul Ridzwan atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, pengorbanan melepaskan kediaman yang pernah menjadi tempat keluarga kecilnya berlindung mempunyai hikmah tersendiri.

“Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ini bakal beralih dan menjadi milik orang lain.

“Alhamdulillah, dengan pengorbanan akan datangkan kemanisan.

“InsyaAllah, doakan semoga dipermudahkan kami dan untuk bakal pemilik baharu ini khususnya,” katanya menerusi TikTok.

Dalam video dikongsikan, pelakon filem Coast Guard itu dilihat mengemas kediaman tersebut buat kali terakhir sebelum menyerahkan kunci.

Awal tahun ini Saharul lebih dahulu menjual kereta mewah, Mercedes Benz E Class setelah lima tahun memilikinya kerana jarang digunakan sehingga ‘tersadai’ di rumah.

Berdasarkan perkongsian, kenderaan yang dibeli dengan pinjaman bank berjumlah RM200,000 pada tahun 2018 dapat dijual pada harga RM84,000.

Sebelum ini, Saharul menyatakan dia membeli kereta tersebut selepas termakan pujukan rakan bagi menunjukkan status sebagai usahawan, namun kemudian bertukar menjadi beban.

Selepas berjaya menjual kereta, bapa kepada tiga cahaya mata itu sedia melepaskan pula rumah di Cyberjaya disebabkan bimbang dengan status pinjaman konvensional melibatkan pembiayaan bank berunsur riba.

Begitupun, Saharul tidak menyatakan hasil diperoleh daripada urus niaga berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI