fbpx

DPPPM-WC meterai perjanjian dengan Una Manufacturing, Juta Global untuk bekalkan produk ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizal(tengah, belakang) pada majlis pemeteraian perjanjian antara DPPPM-WC dengan dua syarikat tempatan di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China (DPPPM-WC) telah me­meterai perjanjian dengan Una Manufacturing and Resources Sdn. Bhd. (Una Manufacturing) dan Juta Global Marketing Sdn Bhd. (Juta Global).

Perjanjian tersebut adalah susulan daripada usaha sama antara dewan perniagaan tersebut yang telah dimuktamadkan baru-baru ini untuk membawa pelbagai produk makanan keluaran syarikat tempatan ke pasaran China.

Menurut Ahli Jawatankuasa DPPPM-WC, Datuk Seri Sharizal Sarip, dua syarikat tersebut telah terpilih dalam sa­ringan pertama yang melepasi syarat-syarat pemakanan yang ditetapkan oleh negara China.

“Pihak kami telah menerima lebih dari 200 permohonan daripada pelbagai syarikat tempatan untuk memasuki pasaran China.

“Walaubagaimanapun, hanya dua buah syarikat ini terpilih yang benar-benar melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh China seperti kandungan gula dalam makanan dan juga kandungan bahan kimia yang digunakan,” katanya kepada media dalam sesi temu bual di majlis tandatangan itu di sini semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI