fbpx

Dikeji tak cantik, suara ke laut, Kekanizam tak mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI bentuk fizikal, suara dan wajah pernah dihina, Keka tidak putus asa untuk meneruskan impian berjaya dalam bidang nyanyian. – IQBAL ROSLI

LAMA mengintai peluang, pendatang baharu, Kekanizam bersyukur impian menceburi bidang nyanyian akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut gadis berusia 18 tahun itu, dia mula jatuh cinta terhadap nyanyian selepas menonton sebuah program hiburan ketika berumur lapan tahun.

Sejak itu, dia yang mesra membahasakan diri Keka kerap menghadiri uji bakat bagi memastikan cita-cita itu dapat direalisasikan.

Berkat kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa, namanya kian dikenali apabila menyertai program realiti televisyen seperti All Together Now dan I Can See Your Voice.

Lebih membanggakan dia pernah diundang menjayakan Konsert Diraja Kementerian Pendidikan Malaysia 2023.

PERNAH mencatur bakat dalam program All Together Now dan I Can See Your Voice, Kekanizam kini hadir dengan single pertama berjudul Adakah Kau Pasti ciptaan Ippo Hafiz.

Dibuli, dikeji

Di sebalik kisah manis, Keka turut berdepan detik pilu apabila ditikam dari belakang oleh insan paling dipercayai.

“Sebenarnya di sekolah dahulu, saya tak ada ramai kawan. Ketika masih baharu dalam bidang nyanyian, ramai sangat orang cakap belakang.

“Lebih menyakitkan apabila baru-baru ini rakan karib dalam diam tidak berpuas hati dengan saya.

“Dia menghasut kawan-kawan dan memburuk-burukkan saya dengan mengatakan saya tidak cantik, gemuk dan suara tidak sedap,” luahnya sayu.

Pemilik nama sebenar Nur Zuleikha Qaisara itu tidak menafikan perkara tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kehidupannya.

“Bohong kalau saya kata saya okey. Perkara ini baru sahaja terjadi sehingga menjejaskan pelancaran single terbaharu saya.

“Apabila difikirkan semula, ada benarnya apa yang kawan saya itu cakap. Memang saya gemuk, tetapi dia tidak tahu perjuangan mengejar cita-cita tidak semudah yang disangka.

“Emosi saya memang terganggu kebelakangan ini sehingga rasa insecure terhadap diri sendiri.

“Sebab itu saya nekad menurunkan berat badan dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari selain banyak meminum air kosong,” ujarnya.

Sambung Keka, apa yang dilakukan sahabat baiknya itu sangat melukakan hatinya.

“Saya tidak peduli jika perkara ini dilakukan orang luar, tetapi apabila rakan karib yang buat, memang sakit dan mengecewakan,” katanya.

Ditanya apa lagi impiannya selain menyanyi, Keka berkata, dia mahu meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Seandainya ada rezeki diterima masuk ke institusi pengajian tinggi, Keka tidak akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu merupakan minatnya sejak kecil.

“Saya mahu sambung belajar dan pada masa sama terus menyanyi. Peluang yang Allah berikan ini tidak boleh saya sia-siakan,” katanya yang muncul dengan single berjudul Adakah Kau Pasti ciptaan Ippo Hafiz pada 29 April lalu.

SEMADA di bang,ku sekolah, Kekanizam sering dibuli dan dikutuk tidak cantik, gemuk dan bersuara ke laut.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN