fbpx

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Zamri.

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seberang Jaya, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

“Nor Zamri baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.38 tengah hari di ICU Hospital Seberang Jaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan dimasukkan ke ICU hospital tersebut akibat komplikasi pada perut.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Nor Zamri akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh, pada pukul 6 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI