fbpx

Ziyad mahu ‘meletup’ di Paralimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGUH olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui mahu ‘meletup’ pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun malam kelmarin.

JAGUH olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui mahu ‘meletup’ pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun malam kelmarin.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 itu mengakui kejayaannya meraih emas adalah hasil usaha kerja kerasnya dan yakin ia adalah permulaan terbaiknya menuju ke Paris dengan keputusan terbaik.

Lontaran sejauh 17.43 meter (m) yang dilakukan di Kobe Universiade Memorial Stadium itu membangkitkan semangatnya untuk menjuarai Sukan Paralimpik semula selepas terlepas emas sewaktu edisi Tokyo 2020.

“Alhamdulilah kejayaan yang saya capai hari ini adalah kurniaan berkat dari Ilahi kerana saya dapat melakukan lontaran terbaik di Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe ini. Sudah pasti kejayaan ini adalah pembakar semangat bagi perjalanan saya ke Paris.

“Perjalanan nampak gayanya sudah betul kerana saya telah ‘meletup’ di Kobe dan sekali lagi kita buat di Paris untuk merebut kembali pingat emas yang pernah saya menangi.

“Untuk memastikan misi saya tercapai, saya mahu terus bekerja keras dan memperbaiki lagi kelemahan dalam baki masa yang ada ini sebelum berlepas ke Paralimpik Paris 2024,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ziyad melakukan catatan 17.43m di Kobe menyaksikan beliau memperbaiki rekod Asia miliknya sendiri iaitu 17.29m yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Dia mengetepikan cabaran atlet Perancis, Soane Luka yang meraih perak (15.29m), manakala Jordi Patricio dari Ecuador pula membawa pulang gangsa (15.80m).

CAPTION

ZIYAD berkeyakinan tinggi untuk mencipta sensasi di bumia Paris selepas meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Para Dunia kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI