fbpx

Warga emas kudung kaki, berkerusi roda tunaikan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ menyantuni Azmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KULAI – Seorang warga emas yang kudung kaki kanannya pada Februari lalu membulatkan tekad untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Menurut Azmi Kassim, 64, yang berkerusi roda itu berkata, dia tidak mahu lagi terlepas panggilan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dan nekad untuk menjalankan ibadah itu bersama anak perempuan, Rashimah, 42, serta menantunya.

Bapa empat anak itu berkata, panggilan haji pada tahun 2020 dan 2022 terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19 manakala panggilan haji pada tahun lalu tak dapat dipenuhi disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Saya telah mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 2009 dan amat teruja sekali lagi mendapat panggilan menjadi tetamu Allah SWT bagi mengerjakan ibadah Haji.

“Pada Februari lalu, saya terlibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan kelima jari kaki saya terpaksa dipotong. Pada awalnya perasan sudah bercampur aduk, namun atas dorongan keluarga, kawan-kawan dan doktor, saya jadi lebih semangat.

“Saya kena kuat, ini ujian Allah SWT kepada pakcik. Insya-Allah boleh buat, sekarang pun fasiliti sudah moden, jadi kita gunalah keperluan yang disediakan untuk tunaikan haji,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Meraikan Jemaah Haji Rombongan Kerajaan Johor Tahun 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini.

Turut menunaikan ibadah Haji pada tahun ini ialah tujuh sekeluarga yang bersama-sama setelah 15 tahun menanti peluang tersebut.

Seorang lagi jemaah, Prof Dr. Safian Sharif, 63, pula berkata, panggilan daripada TH membawa berita gembira untuknya serta tiga anaknya yang mendaftar sejak 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI