PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan murid membuat ‘prank’ sebagai kejutan sambutan hari lahir untuk seorang guru di dalam kelas meraih perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh guru tersebut melalui akaun @PakOstad, dia ‘diprank’ oleh murid-muridnya dengan mengatakan ada orang bergaduh sehingga berdarah.
Guru berkenaan kemudian memasuki kelas sebelum dikejutkan dengan nyanyian hari jadi dengan suasana yang meriah.
Menurut guru tersebut, murid-murid itu mengumpul duit untuk membeli barang-barang persiapan sambutan hari jadi itu seperti belon.
Guru berkenaan mengucapkan terima kasih kepada anak muridnya dan mengatakan dia akan menyimpan rakaman itu untuk kenangan pada masa hadapan.
Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Saya sebagai seorang ibu tahu bila anak bersungguh-sungguh, itu bermaksud cikgu sangat bermakna untuk mereka,” komen @shakinah.
“Seronoknya, bagus ustaz, layankan saja mereka. Sekolah menengah susah nak dapat kenangan macam ini,” komen @mardiana.
“Sebak tengok. Tahniah cikgu jadi kesayangan anak murid. Teruskan mengajar anak-anak tanpa jemu,” @cikmaszfordranger.
Sehingga kini, video tersebut mendapat 928,000 tontonan, 133,000 tanda suka dan 2,781 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@pakostad9 Pertama kali birthday di sambut ala-ala artis 🥹 #pakostad ♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye