fbpx

Thailand tak boleh terima kalah kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara meraikan kejayaan manis selepas 'melibas' Thailand pada aksi final regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa semalam. - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Bekas tekong berbisa Thailand, Rattadech Noijaroen terkejut dengan dua kekalahan terhadap Malaysia dan tidak menjangka peraturan baharu 15 mata dengan satu servis telah menekan pasukannya untuk meraih gelaran pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Tegas Rattadech, dia percaya kekalahan 16-17, 13-15 dalam acara double sebelum sekali lagi tumbang 8-15, 12-15 final regu di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam bakal mengejutkan para peminat Thailand khususnya kerana sukan itu adalah sukan utama mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan kegagalan itu 100 peratus kepada para pemain kerana Thailand sedang dalam proses pembaharuan selepas menurunkan gabungan muda dan senior.

“Saya rasa ribuan penonton yang hadir ke Stadium Titiwangsa malam ini (kelmarin) telah memberi tekanan kepada regu Thailand dan pengenalan peraturan 15 mata menambah lagi tekanan kepada mereka.

“Malaysia bermain dengan baik dan mereka tidak melakukan kesilapan mudah untuk mengatasi Thailand.

“Sudah pasti, rakyat Thailand tidak boleh terima kenyataan bila kalah kepada Malaysia sekarang dalam pembaharuan, jurulatih baharu. Tetapi, bagi saya kalah dan menang dalam sukan itu perkara biasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI