TULAR video kesedihan seorang pempengaruh apabila program realiti yang menempatkan peserta lelaki dan perempuan tinggal sebumbung.
Biarpun mendakwa peserta berlainan jantina itu diasingkan, tindakan mengelolakan rancangan seumpama itu untuk tonton umum memang bukan budaya tempatan.
Pelakon Rita Rudaini antara selebriti yang mempersoalkan kewajaran program lokal berkenaan yang terlampau meniru program realiti Barat.
Katanya, pempengaruh dan ibu bapa seharusnya semakin cerdik seiring perkembangan teknologi yang semakin canggih dan maju, dan bukanlah sebaliknya.
“Teladan celah mana? Nak jadi influencer pun kena cerdik. Nak jadi mak bapak pun kena cerdik. Bukan senang nak jadi mak bapak,” katanya.
Mizz Lahar: Dengarnya ada antara bakal peserta program berkenaan merupakan anak orang popular, betul ke?