fbpx

‘Sumsum tulang ini untuk bayi saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Crayson memerlukan dana RM125,000 bagi membolehkannya menerima rawatan penyakit SCID dalam masa terdekat.

SEBERANG PERAI – Tiada apa yang mampu dilakukan seorang bapa selain mendermakan sumsum tulang demi menyelamatkan nyawa bayi lelakinya berusia empat bulan yang dikesan menghidap penyakit gabungan kurang daya ketahanan badan atau Severe Combined Immunodefeciency (SCID).

Fong Jia Re, 22, berkata, dia bagaimanapun bimbang memikirkan kos rawatan sebanyak RM125,000 yang diperlukan bagi membolehkan Fong Crayson menjalani pembedahan.

Penyakit SCID adalah penyakit genetik yang jarang ditemui dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dirawat segera.

Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, bayi malang itu langsung tidak mempunyai antibodi atau daya tahan badan menyebabkan Crayson terdedah kepada pelbagai penyakit.

“Dia tidak boleh disuntik de­ngan vaksin BCG atau lain-lain dan perlu dikuarantin di rumah untuk mengelakkan jangkitan kuman.

“Crayson juga wajib mengambil antibiotik setiap hari dan perlu ke hospital untuk suntikan intravenous immunoglobulin (IVIG) setiap tiga minggu untuk membantu meningkatkan daya tahan sistem imunnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata bapa bayi itu bekerja sebagai penghantar barang dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000, manakala isterinya, Poh Hui Ni, 24, adalah seorang suri rumah.

“Prosedur pemindahan sumsum tulang akan dijalankan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini selepas Crayson menjalani kemoterapi.

“Kos yang perlu dikumpulkan ini adalah untuk menampung kos rawatan, ubat-ubatan dan pemeriksaan susulan.

“Justeru, kami amat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi memastikan Crayson menerima rawatan yang diperlukan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank pertubuhan itu di nombor 3193433435 atau layari www.onehopecharity.org.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI