fbpx

Sorok rokok, arak dalam kontena dekat ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ASRI SEMAN (dua dari kanan) menunjukkan arak pelbagai jenis dan jenama yang dirampas hasil dari serbuan dilakukan JKDM Pahang di Kluang, Johor dan Kuantan.

KUANTAN – Cubaan tiga warga asing untuk menyeludup dan menjual rokok serta minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai gagal apabila tindakan mereka berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang.

Pengarah Kastam Pahang, Mohd. Asri Seman berkata, satu serbuan dilakukan di sebuah premis berhampiran tapak pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pukul 6 petang, 10 Mei lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas premis yang merupakan sebuah kontena dijadikan kedai runcit itu menemukan rokok dan minuman keras pelbagai jenis dan jenama disyaki barang tidak bercukai dianggarkan berjumlah RM68,612.99.

“Ketiga-tiga lelaki warga asing membabitkan seorang lelaki Pakistan dan dua Myanmar berusia 20-an itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuantan, esok,”katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata dalam satu serbuan berasingan pada 4 Mei lalu, JKDM Pahang turut berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok pelbagai jenis dan jenama disyaki tidak berkastam  hasil serbuan ke atas premis kediaman di Kluang, Johor. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI