fbpx

Simpan duit tau, peguam sekarang mahal – Shakilla Khoriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKILLA berang apabila masih dicop sebagai penyondol oleh segelintir individu dalam media sosial.

PETALING JAYA – Masih dicop penyondol rumah tangga orang, pelakon Shakilla Khoriri tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wanita yang menyebarkan berita palsu terhadapnya.

Enggan menyerabutkan kepala, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 35, berkata tindakan saman diambil sebagai pengajaran agar tiada lagi pihak mencanang cerita buruk tentang dirinya.

“Mohon siapa kenal dua wanita dalam gambar ini tolong beritahu saya. Mereka ini paling tahu kehidupan saya jadi rasanya layak teman saya naik mahkamah untuk beri keterangan.

“Apapun, simpan duit tau, peguam sekarang mahal.

“Berani tapi bodoh. Kalau nak kecam siapa pun dalam sosial media ini pastikan guna akaun betul. Saya ajak jumpa masing-masing tidak mahu,” ujarnya dalam Instagram Story beserta tangkap layar akaun pemfitnah tersebut.

Tidak berkompromi, ibu kepada seorang cahaya mata itu sedia bersemuka dengan individu terbabit untuk mengetahui lebih lanjut niat sebenar mereka berbuat demikian.

“Benda ini bukan main-main, sudah lama saya sabar. Saya akan cari dengan bantuan ‘followers’ saya. Kita nak jumpa dan dengar cerita yang saya tak tahu.

“Saya hanya jadi diri sendiri tapi saya pelik mengapa orang lain lebih yang tahu cerita saya macam tinggal serumah,” jelasnya.

Selepas bercerai dengan penyampai radio, Fizi Ali, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Fariz Zulkepley pada 24 Februari tahun ini.

Sebelum itu, bertebaran khabar angin bahawa pelakon drama Cinta Ilahi itu menyondol suami orang apabila tersebar beberapa keping gambar mesra mereka berdua.

Meskipun kini sudah sah menjadi isteri lelaki tersebut, netizen masih lagi melabelkannya sebagai penyondol dan perempuan tidak tahu malu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI