fbpx

Ribut petir landa Lembah Klang sehingga 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri terutamanya Lembah Klang sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ribut petir berserta hujan lebat turut dijangka di Pantai Timur Semenanjung melibatkan Kelantan di Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

“Di Perak pula, hujan lebat hanya tertumpu di Muallim, diikuti Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Selain itu, di bahagian Malaysia Timur pula, cuaca buruk turut diramalkan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan), Sibu (Selangau), Mukah (Matu dan Dalat), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Cuaca sama turut dijangka di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) sehingga 9 malam hari ini,” kata MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI