fbpx

Regu berpasukan negara mudah ‘lipat’ Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain negara ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Brunei pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024. AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Langkah pasukan sepak takraw negara untuk mencipta hatrik di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dimulakan dengan kemenangan selepas membenam Brunei 3-0 dalam aksi berpasukan di Stadium Titiwangsa hari ini.

Pada aksi Kumpulan C tersebut, kualiti tiga regu negara yang diturunkan ternyata berbisa selepas garang mengatasi regu Brunei dengan kemenangan straight set dalam ketiga-tiga perlawanan.

Taruhan regu pertama negara yang diterajui Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amri (apit kiri) dan Baihakki A’ripin (apit kanan) benar-benar memukau apabila mudah mengatasi Brunei 15-11, 15-7.

Malaysia yang melakar gelaran berganda dengan bergelar juara beregu dan regu semalam mengekalkan penampilan terbaik mereka apabila mencatat kemenangan kedua menerusi trio negara, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Muhammad Zaim Razali (apit kiri) dan Muhammad Shahalril Aiman Halim (apit kanan).

PEMAIN negara yang diturun ketika berdepan Brunei dalam aksi berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024. 

Trio muda negara itu bijak mengawal permainan sebelum menewaskan Brunei dengan kemenangan straight set 15-7, 15-9.

Regu ketiga yang memasuki fasa pelengkap jadual perlawanan itu tidak berdepan tekanan untuk mencatat kemenangan 3-0 buat Malaysia selepas Zuhri Zain, Farhan Adam, Azlan Alias bijak mengatasi Brunei selepas menang dengan keputusan 15-6, 15-5.

“Syukur kita berjaya meraih kemenangan pada hari ini dan Brunei menampilkan persembahan terbaik mereka. Tetapi pada hari ini, pemain Malaysia semua memberi komitmen 100 peratus.

PEMAIN negara yang diturun ketika berdepan Brunei dalam aksi berpasukan. GAMBAR – AMIR KHALID

“Selepas ini, kami akan memberi tumpuan pada perlawanan kedua menentang Jepun dan kami tidak boleh memandang mudah cabaran Jepun,” katanya.

Selepas kemenangan tersebut, pasukan negara kini sebelah kaki untuk melangkah ke peringkat suku akhir kerana dijangka tidak berdepan masalah untuk ‘melibas’ Jepun malam esok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI