fbpx

Produk MRE dilaksana sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Saleh menunjukkan pek makanan MRE yang akan diberikan untuk jemaah haji ketika Masyair nanti.

MEKAH – Selepas pelaksanaan projek perintis lima tahun lalu, produk makanan sedia dimakan (MRE) akan digunakan untuk keperluan 31,600 jemaah haji Malaysia ketika ibadat Masyair nanti.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed berkata, sebanyak 236,000 pek produk MRE yang siap dibungkus akan dimasak menerusi rendaman air panas.

Katanya, penyediaan produk makanan MRE itu antara pembaharuan yang dilaksanakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini untuk mengurangkan bebanan dan risiko kebakaran.

“Pemberian makanan MRE itu juga membolehkan jemaah menikmati makanan lebih baik dalam kekangan masa dan kekurangan keperluan pada tahap kebersihan tertinggi.

“Semasa di Masyair nanti kita akan sediakan sebanyak 16 menu. Pihak Tabung Haji telah berbincang dengan pengurusan Mashariq berkenaan menu iaitu dengan sebahagiaannya akan disediakan secara MRE dan dimasak di dapur semasa di perkhemahan Arafah dan Mina,” katanya ketika ditemui petugas media semalam.

Sebagai rekod, projek rintis MRE bermula pada tahun 2018 dan 2019 dengan hanya satu menu sebelum ditambah kepada tiga menu pada tahun 2022. Menu MRE kemudiannya ditambah kepada sembilan menu untuk musim haji 1445H/2024M.

Tambah Syed Saleh lagi, antara menu MRE yang disediakan ialah nasi lemak dengan sambal ikan bilis dan kacang; nasi goreng ayam; ayam masak lemak; ayam masak merah serta daging masak kicap.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, pengurusan Mashariq telah memilih dua syarikat iaitu Malaysia dan Thailand untuk membekalkan produk MRE bagi musim haji tahun ini.

“Sebelum ini pengurusan Mashariq telah membuat lawatan ke beberapa kilang MRE di Malaysia pada Disember tahun lalu bersama Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan .

“Susulan lawatan tersebut, pengurusan Mashriq membuat penilaian terhadap kilang yang dilawat dan akhirnya memilih sebuah syarikat di Malaysia dan sebuah syarikat di Thailand untuk membekalkan produk berkenaan,” jelasnya.

Jelas Syed Saleh, pemilihan dua syarikat itu dibuat bagi mengelakkan kemungkinan masalah bekalan pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI