fbpx

Penjawat awam didakwa cabul remaja OKU dalam tandas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mukfarnizan (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk didakwa atas pertuduhan mencabul remaja OKU. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul remaja orang kelainan upaya (OKU) di tandas sekolah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mukfarnizan Mukhtar, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pembantu pengurusan murid didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun enam bulan ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di dalam tandas sebuah sekolah di sini pada kira-kira pukul 9 pagi pada 24 November 2022.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nizam Mohamed.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa selain menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI