fbpx

Pembeli kereta terpakai kena bijak, elak terbeli kereta ‘cedera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mana-mana individu yang berhasrat membeli kereta import terpakai (recond) atau jenis tempatan perlu bijak membuat pembelian agar tidak tertipu dengan tawaran peniaga kurang bertanggungjawab.

Dalam konteks ini, rata-rata peniaga lebih memilih untuk tidak memaklumkan kepada pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan itu walaupun daripada segi luaran ia kelihatan elok tanpa ada sebarang kesan ‘kecederaan’.

Menurut Pengasas SCRUT Auto, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin, pembeli biasanya sering terpukau dengan tawaran ditetapkan peniaga walaupun ia diletakkan pada harga tidak masuk akal.

“Jadi, bagi membela nasib pengguna, kami membongkar penipuan gred dan kondisi kereta recond sehingga memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif.

“Kami bertanggungjawab melakukan servis pemeriksaan kenderaan terpakai sebelum pembelian oleh pengguna kerana penipuan sering wujud seperti berkaitan odometer, kenderaan kemalangan dan bencana seperti banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, SCRUT Auto yang diasaskan bersama Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel itu memulakan servis tersebut berikut banyak kes penipuan keadaan kenderaan terpakai yang teruk, tetapi tetap dijual sehingga merugikan pengguna.

“Pasukan kami mahu menghentikan situasi itu kerana ia jelas satu bentuk pelanggaran hak pengguna.

“Ini kerana sudah berdekad lamanya pembeli kereta sudah ditipu ketika memberi kenderaan terpakai oleh kapitalis jahat,” jelasnya.

Justeru, jelasnya, pengguna perlu bersifat lebih bijak dengan menyemak beberapa informasi seperti peniaga perlu memberikan nombor casis kenderaan untuk disemak sejarahnya termasuk tuntutan insuran yang pernah dibuat sebelum ini .

“Sebelum ini, kami juga pernah disaman oleh pernigaan kereta terpakai kerana dikatakan menimbulkan kekacauan kepada perniagaanya.

“Meskipun beberapa kali kami dipanggil ke mahkamah sebagai penilaian daripada pakar berkenaan kederaan, kami menang semuanya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI