fbpx

Pasangan kekasih buang bayi di kedai ayam didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aisyah Azila (dua dari kanan) dan Muhammad Alhafiz Mukminin (kiri) didakwa mengabaikan bayi mereka di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sepasang kekasih mengaku bersalah mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari dengan membuangnya di sebuah kedai menjual ayam pada minggu lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh iaitu Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, yang masih berpantang dan kekasihnya, Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd. Noor, 24, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, mereka sebagai individu yang mempunyai penjagaan ke atas bayi berusia tujuh hari tersebut didapati telah mengabaikan mangsa sehingga boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dituduh dilakukan kedua-kedua tertuduh di sebuah kedai menjual ayam segar di Jabur Kubur, Jalan Air Putih berhampiran Chukai di sini antara pukul 7 pagi hingga 7.15 pagi pada 18 Mei lalu.

Nur Aisyah Azila dan Muhammad Alhafiz Mukminin didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Wan Suhaila menetapkan tarikh jatuh hukum terhadap dua tertuduh terbabit pada 28 Mei ini.

Kosmo! Ahad 19 Mei lalu melaporkan seorang bayi lelaki seberat kira-kira tiga kilogram ditemui dalam keadaan kesejukan dibuang di atas lantai sebuah kedai menjual ayam pada pukul 7.30 pagi.

Nur Aisyah Azila yang masih dalam pantang berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Jabur Kubur di sini pada pukul 11 pagi, Isnin lalu manakala kekasihnya yang seorang pembantu kedai diberkas polis pada pukul 3 petang hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI