fbpx

Malaysia Masters: Zii Jia kerja keras ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI puas Zii Jia selepas mara ke suku akhir Malaysia Masters menewaskan George di pusingan kedua sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berdepan banyak masalah untuk melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters selepas menewaskan pemain India, Kiran George.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pemain No.10 dunia itu memerlukan masa 44 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-18.

Zii Jia berkata, dia berdepan sedikit masalah untuk menembusi ‘benteng pertahanan’ pemain muda itu, namun dia mula dapat membaca corak permainan George di set kedua.

“Pada perlawanan hari ini, set kedua lebih sukar kerana banyak bermain secara rali. Selain itu, dia juga seorang pemain yang gemar bertahan tetapi saya dapat bermain seperti biasa apabila mula nampak cara dia bertahan.

“Bagi saya, ini merupakan satu lonjakan untuk saya kerana melayakkan diri ke suku akhir pertama dalam tempoh empat tahun di Malaysia. Saya hanya perlu bersabar apabila sudah sampai ke tahap ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

AKSI Zii Jia ketika berdepan George sebentar tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

Menjelang aksi suku akhir esok, Zii Jia dijadualkan menentang pilihan kedua dari Denmark, Anders Antonsen selepas dia mudah menewaskan rakan senegara, Magnus Johannesen 21-12, 21-10.

Jelasnya, hanya kesabaran yang bakal menentukan sama ada dia mampu mencatat kemenangan ataupun tidak ke atas Antonsen bagi memburu separuh akhir pertama Malaysia Masters sejak 2020.

Sementara itu, beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mengiringi Zii Jia ke suku akhir selepas membenam cabaran rakan sepasukan, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 21-15, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI