fbpx

Malaysia Masters: Arif-Roy King lakar kejutan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF (kiri) dan Roy King menjerit kepuasan selepas melayakkan diri ke separuh akhir pada Malaysia Masters sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King mencipta sensasi pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila memastikan tempat ke suku akhir.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung sebentar tadi, pasangan No.27 dunia itu melakar kejutan apabila mencatat kemenangan 13-21, 21-15, 21-18 ke atas pilihan keempat kejohanan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Meskipun tewas di set pertama, namun Arif menjelaskan, dia dan Roy King kekal tenang selain tidak menjangka mampu melakukan kebangkitan untuk mencatat kemenangan, seterusnya mara ke suku akhir.

“Alhamdulillah dapat mencatat kemenangan pada hari ini. Sebenarnya, kami langsung tidak menjangka untuk melakukan kebangkitan kerana fokus kami hanya main dan keluarkan aksi terbaik.

“Ketika rubber set, kami dapat memegang servis selepas mata ke-11 dan ia menjadi kelebihan untuk kami. Selain itu, kami juga kekal sabar dan meningkatkan kekuatan mental,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Menanti Arif-Roy King di suku akhir esok adalah pilihan keenam dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard yang mengenepikan cabaran beregu veteran Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang.

Turut mengiringi Arif-Roy King ke pusingan suku akhir esok adalah dua lagi beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang yang menewaskan Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-17, 21-12.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang merupakan pilihan utama kejohanan turut menepati ramalan apabila layak ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 21-13, 13-21, 21-10 ke atas Chen Bo Yang-Liu Yi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI