BANGKOK – Mahkamah tertinggi Thailand hari ini bersetuju mendengar kes dalam percubaan untuk menggulingkan Perdana Menteri Srettha Thavisin kerana melantik calon yang mempunyai rekod jenayah sebagai menteri Kabinet.
Mahkamah Perlembagaan menerima sebuah petisyen untuk memecat Srettha daripada jawatannya. Petisyen itu dikemukakan oleh 40 senator di bawah peraturan tatalaku dan etika.
Mahkamah sama bagaimanapun menolak permohonan untuk menggantung Srettha daripada tugasnya sebagai Perdana Menteri sementara mahkamah membuat keputusan dalam perkara tersebut.
Panel hakim mengundi 6-3 untuk menerima petisyen itu. Mereka memberi masa 15 hari untuk Stretha menjawab tuduhan tersebut.
Kes itu tertumpu kepada Pichit Chuenban yang dilantik sebagai menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.
Pichit pernah menjalani hukuman penjara enam bulan kerana didapati bersalah menghina mahkamah pada 2008. – AFP