fbpx

Lembah Klang cerah, Kedah dan Pulau Pinang dijangka hujan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di hampir seluruh negara pagi ini terutamanya Selangor dan Kuala Lumpur.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat kini hanya berlaku melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara kecuali Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu terutamanya di kawasan pedalaman dan Pantai Timur Semenanjung.

“Di Sabah pula, cuaca buruk sama dijangka tertumpu di hampir keseluruhan negeri Sabah terutamanya Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Kudat, diikuti dengan Sarawak iaitu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan lebat masih diramalkan di beberapa tempat di Kelantan, Pahang dan Perak.

“Selain itu, cuaca buruk sama turut dijangka di Malaysia timur melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Labuan dan Sandakan di Sabah serta Limbang dan Miri di Sarawak menjelang malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI