fbpx

Lelaki OKU didakwa pukul isteri guna penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Syahrul Efendi (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk didakwa atas pertuduhan memukul isterinya dengan penyapu kira-kira dua minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan penyapu di rumah mereka dua minggu lalu.

Tertuduh, Md. Syahrul Efendi Muhamad, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya yang berusia 37 tahun dengan penyapu di sebuah rumah di Kampung Berhala, Banggu di sini pada pukul 10 pagi, 10 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nurie Ab. Rahman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini untuk semula kes dan serahan dokumen. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI