fbpx

Juruselam maut terbelit hos oksigen di dasar perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Muhammad Aiman yang mati lemas di Pantai Geliga, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang juruselam maut akibat lemas sewaktu melakukan kerja-kerja pemotongan besi sebuah kapal karam di perairan Kemaman berhampiran Pantai Geliga, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, tubuh mangsa, Muhammad Aiman Zambri, 25, dikatakan terbelit dengan hos oksigen, tali kecemasan dan tali penanda besi sewaktu melakukan kerja-kerja pemotong besi di dasar laut berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja tersebut bersama rakan sekerjanya, Sukril Aman Rabilalim A. Rani, 20.

Beliau berkata, sebaik selesai melakukan kerja-kerja penandaan pada kapal karam terbabit setelah kira-kira 45 minit berada di dasar laut, mereka berdua tiba-tiba terlibat dengan hos oksigen, tali kecemasan dan tali penanda besi digunakan.

“Pada mulanya, Sukril Aman Rabialim melihat Muhammad Aiman berjaga melepaskan diri daripada belitan terbabit sebelum terus naik ke atas permukaan air.

“Begitupun sebaik naik di permukaan air, dia (Sukril Aman Rabialim) tidak menjumpai kelibat Muhammad Aiman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, tidak lama kemudian, Sukril Aman Rabialim menjumpai mayat Muhammad Aiman terapung berhampiran Pantai Geliga tidak lama kemudian.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke tepi pantai sebelum memaklumkan insiden menimpa Muhammad Aiman kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI