fbpx

Guru Al Kauthar dilatih jadi pemilik taska, tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pelajar Al Kauthar menerima pingat daripada seorang guru dalam program AKE Fun Run Olympic Carnival di Selayang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Al Kauthar Eduqids (Al Kauthar) sedang membangunkan rangkaian perniagaan masa depan dengan melatih para gurunya dalam bidang keusahawanan untuk menjadi pemilik kepada cawangan terbaharu tadika dan taska.

Bisnes model Al Kauthar adalah setiap cawangan dijadikan pusat sehenti yang menempatkan tadika dan juga taska, yang mana sehingga kini, syarikat memiliki 228 outlet di seluruh negara.

Pengurus Projek Al Kauthar, Datin Dr. Nor Fadilah Alias berkata, ini kerana guru-guru yang berdedikasi dan bersemangat untuk menjadi usahawan akan menjalani pelbagai latihan bagi melengkapkan diri mereka menjadi pemilik pusat sehenti taska dan tadika yang akan dibuka secara berperingkat.

Menurutnya, sehingga kini 10 peratus daripada semua cawangan Al Kauthar dioperasikan oleh para gurunya yang setia dengan syarikat selama ini.

“Modal yang diperlukan bergantung kepada beberapa faktor tetapi ia adalah kira-kira serendah RM150,000 dan pengemba­ngan perniagaan cawangan Al Kauthar dilaksanakan melalui konsep perlesenan.

“Pulangan daripada pelaburan tersebut boleh dijana dalam tempoh setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program AKE Fun Run Olympic Carnival di 99 Wonderland Park, Selayang baru-baru ini.

Majlis tersebut telah membolehkan Al Kauthar mencipta rekod Malaysia dalam perhimpunan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar dengan melibatkan seramai 450 kanak-kanak.

Nor Fadilah menjelaskan, sehingga kini Al Kauthar memiliki kira-kira 10,000 pelajar dengan lebih 1,000 guru terlatih.

Menurutnya, daripada jumlah pelajar tersebut, kira-kira 10 hingga 15 peratus adalah pelajar berkeperluan khas yang mempelajari mata pelajaran dan program bersesuaian dengan umur serta keupayaan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI