fbpx

Cabar diri sertai eGolf Toyota Tour di MST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERMAINAN e-golf dilakukan dalam keadaan santai dan menyeronokkan di MST Golf Arena.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Toyota Tour eGolf 2024 mendapat suntikan semangat baharu apabila menampilkan dua pemain profesional, Daeng Rahman dan Casper Loh sebagai duta Under Armour bagi menarik lebih banyak penyertaan untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM200,000.

Berlangsung di MST Golf Arena di pusat beli-belah The Garden di sini, kejohanan indoor yang berlangsung selama lima bulan bermula April lalu turut menawarkan hadiah wang tunai secara bulanan.

Kejohanan itu turut diadakan di Selangor, Johor dan Pulau Pinang secara serentak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MST Golf Berhad, Ng Yap berkata, kejohanan itu bagi memberi peluang kepada pemain amatur atau yang baru hendak mula bermain merasai keseronokan memukul bola dan mencuba nasib memenangi hadiah menarik.

“Ia bertepatan dengan kejohanan lain di seluruh dunia selari dengan kemudahan pusat golf yang menggunakan teknologi tempatan,” katanya.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran berkata, permainan menggunakan golf simulator merupakan salah satu usaha mereka mendekati masyarakat selain pembikinan kenderaan.

Dalam pada itu, Daeng, 24, berkata, permainan golf simulator kelihatan mudah, namun ia amat mencabar untuk permainan pendek dan ketika putting.

“Golf secara indoor boleh main dalam pendingin hawa, tidak perlu caddy, buggy dan memikul beg. Ia amat selesa dan semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan,” katanya.

Casper, 24, pula memberitahu, pemain boleh memilih padang yang dikehendaki melalui golf simulator.

“Jadi, ia boleh berlatih sebelum memasuki pertandingan dalam kejohanan Toyota Tour ini,” katanya yang selesa memakai pakaian Under Armour. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN