fbpx

Buruh didakwa tiga pertuduhan cabul anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa tertuduh (dua dari kiri) untuk didakwa atas tiga pertuduhan mencabul anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul anak tirinya sejak dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhammad.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah dengan anak tirinya yang berusia 11 tahun ketika kejadian didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul kanak-kanak itu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Ketereh di sini pada Februari, Jun 2022 April dan April 2023 kira-kira pukul 8 malam, 10 malam dan 3 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Majistret Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Faiz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan terbabit melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin termasuk mengarahkan lelaki itu melantik peguam untuk tujuan konsultasi selain menetapkan tarikh sebutan semula dan serahan dokumen pada 27 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI