ABUJA – Seorang pembuat rambut palsu dari Nigeria sekali lagi meraih rekod dunia selepas berjaya menghasilkan rambut palsu berukuran 3.65 meter lebar, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Helen Williams, 31, sebelum ini memecahkan Guinness World Records untuk rambut palsu buatan tangan terpanjang pada 351.28 meter.
Dia mengambil masa sebulan untuk menghasilkan karya terbaharunya itu menggunakan lebih 800 jambak rambut.
“Sebagai pembuat rambut palsu profesional, saya tidak sabar untuk memecahkan lebih banyak rekod dalam kategori rambut palsu,” katanya.
Williams membelanjakan sebanyak 4.1 juta naira (RM13,701) bagi setiap perincian bahan yang digunakan untuk membuat rambut palsu tersebut. – AGENSI