PETALING JAYA – Perkongsian terkini pelakon Shukri Yayaha mengenai karavan yang dibeli mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok dan Instagram, karavan yang tampak mewah itu dilengkapi dengan kemudahan asa seperti ruang memasak, tempat tidur dan tandas.
Melihat ruangan komen, rata-rata peminat menyokong usaha pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu selain berharap untuk turut memiliki kenderaan tersebut.
Menarik kalau bawa pergi ‘shooting’ (penggambaran). Lepas ini bawa pergi stesen minyak Genting, baru gempak.
“Untung, selepas ini tidak perlu tumpang rumah kawan lagi.
Bagus kalau pelakon guna kenderaan seperti ini. Kadang-kadang penggambaran mengambil masa lama. Tidak perlu risau hendak balik rumah,” kata peminat.
Dalam video tersebut, Shukri dilihat leka mengemas beberapa kelengkapan sambil memasang peralatan elektrik seperti televisyen.
Difahamkan harga sebuah karavan di Malaysia dijual serendah RM60,000 sehingga RM200,000 seunit. – KOSMO! ONLINE