fbpx

Solat hajat puncak Bukit Hilltop cari pemuda hilang 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai usaha mengesan mangsa dijalankan termasuk mengadakan solat hajat di puncak Bukit Hilltop, Batu Kawan.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda dilaporkan hilang sejak empat hari lalu selepas dipercayai keluar berjoging seorang diri di Bukit Hilltop, Batu Kawan, di sini.

Kehilangan mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29, dikatakan disedari abangnya sebaik dia tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 11.59 malam, pada hari kejadian, 18 Mei lalu.

Mangsa dikatakan ke keluar ke bukit berkenaan pada pukul 5 petang, hari kejadian.

Ketika ini, usaha menjejaki pemuda yang berasal dari Batu Kawan itu sedang dijalankan pihak berkuasa termasuk daripada penduduk tempatan.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai operasi pencarian dan usaha yang dilakukan bagi mengesan mangsa termasuk melakukan solat hajat berjemaah di puncak bukit berkenan.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial mendakwa yang dia ada berselisih dengan mangsa semasa menuruni bukit terbabit, ketika itu.

“Dia (mangsa) memang hiking (mendaki) seorang. Muka dia nampak penat sangat masa tu. Semoga tiada apa-apa yang buruk jadi dekat dia. Semoga dipermudahkan urusan pasukan penyelamat untuk mencari mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna berkata, mereka akan bersama-sama membantu mencari mangsa yang hilang hari ini.

“Kami orang kampung akan bersama esok (hari ini) operasi mencari lagi. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Difahamkan, trek mendaki di Bukit Hilltop ada sejauh 7 kilometer (km) dengan melibatkan laluan bukit (5km) dan jalan kampung (2km). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI