fbpx

Serangan balai polis: Dua suspek dibebas, lima sekeluarga masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA daripada tujuh suspek yang ditahan berhubung kejadian serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru dibebaskan semalam.

JOHOR BAHRU – Dua daripada tujuh suspek yang ditahan reman berhubung kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu telah dibebaskan tanpa syarat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kedua-dua individu itu merupakan penuntut institusi pengajian tinggi dan berusia 22 dan 21 tahun.

“Dua individu yang ditahan pada 17 Mei lalu bagi membantu siasatan melibatkan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu telah dibebaskan semalam setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara.

“Bagaimanapun, siasatan terhadap lima lagi suspek yang kesemuanya merupakan ahli keluarga masih diteruskan memandang tempoh reman hanya akan tamat pada 24 Mei,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumar, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen di media sosial yang boleh menggugat ketenteraman dan menganggu siasatan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI